Menjelang PRU15 | Henti berpolitik, tumpu pembangunan ekonomi

2022-10-16 0

Usahawan dan pertubuhan bukan kerajaan, NGO tidak mahu lagi kemelut politik berulang selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Tegas mereka selepas rakyat membuat pilihan dalam proses demokrasi itu, ahli politik wajar berhenti bermain politik keterlaluan dan tumpu kepada usaha membantu rakyat.